Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )
Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat.
Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.
Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita.
Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis Qudsi yang bermaksud :
" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." (Riwayat Tirmizi)
Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling daripada Allah lalu pergi menemui bomoh untuk mendapatkan tangkal dan pelaris. Rumah dan gerai-gerai dipenuhi wafak-wafak yang mereka percaya boleh membantu memberi mereka kejayaan, tetapi akhirnya tetap juga kecewa. Perbuatan-perbuatan sedemikian syirik dan menjadikan Allah s.w.t. murka kepada mereka dan hilang keberkatannya.
Sebaliknya orang yang kuat imannya kepada Allah s.w.t akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah s.w.t . Mereka yakin Allah sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan.
Sebagai tanda kekuatan iman mereka kepada Allah, apa-apa sahaja keperluan mereka, mereka akan meminta hanya kepada Allah melalui amal ibadah.
Firman Allah s.w.t
" Hai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah kepada-Nya wasilah. Dan berjuanglah di jalan Allah, semoga kamu berjaya. "
( Surah al-Maidah : 35 )
Wasilah yang di maksudkan di sini jelan bukanlah apa yang berbentuk kubur,batu atau kayu yang dijadikan sebahagian manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya itu semua hanya akan menjauhkan kita daripada Allah s.w.t
Sebaik-baik wasilah yang dimaksudkan ialah apa-apa jua ibadah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t maka apa-apa sahaja yang diinginkan akan dikabulkan-Nya.
Beberapa hadis Nasi Muhammad s.a.w ada menerangkan tentang kesan solah sunat Dhuha kepada tubuh kita.
Antaranya :
Fadilatnya-Kekuatan Jasmani
Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud "
" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.
Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."
( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )
Setiap yang wujud dalam tubuh bandan manusia hidup memerlukan makanan. Ia boleh membesar dan boleh mati dan tidak berkembang lagi.
Begitu juga halnya dengan kerohanian kita. Ia boleh hidup subur dan boleh juga mati.
Santapan bagi jasmani ialah makanan-makanan yang kasar sementara santapan bagi rohani pula ialah amal ibadah.
Pada setiap ruas tulang kita, ada semacam cecair yang bertindak sebagai pelincir kepada pergerakan tulang belulang kita. Cecair ini yang di sebut sebagai ligament juga merupakan mahkluk hidup yang boleh berkembang atau menjadi kering dan mati.
Ia juga memerlukan makanan untuk terus hidup segar. Cuma sajaha makannya bukanlah berbentuk bahan kasar, sebaliknya seperti apa yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, makhluk-makhluk ini memerlukan sedekah untuk terus berkembang hidup dan makanan yang di perlukan adalah zikir kita. Kajian telah di buat , setiap makhluk yang sekecil kuman di dalam air sekalipun akan mleonjak apabila nama-nama Allah di sebut !.
Inilah hikmah besar yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w , tanpanya kita tidak mungkin akan menyedarinya. Menurut hadis tersebut yang sesuai dengan kajian biologi, tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 360 ruas tulang.
Kalau setiap ruas itu memerlukan satu Subhanallah, satu Alhamdulillah, satu Allahu Akbar dan satu Lailahaillallah, maka setiap hari kita perlu berzikir sekian banyak.
Namun, dengan DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.
Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di ampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.
Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan.
Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain- lain.
Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha.
Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan.
Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.
Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.
Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.
Rakaat Pertama
1. Niat dalam hati dengan berkata, " Sahaja Saya olat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah "
2. Takbir
3. Baca Doa Iftitah
4. BacaTa'awwudz
5. Baca Surah al-Fatihah
6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih
7. Takbir dan rukuk
8. Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10. Duduk dan Bacaannya
11. Sujud dan bacaannya
12. bangun rakaat kedua dengan takbir.
Rakaat kedua
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih
3. Takbir dan rukuk
4. Iktidal dan bacaannya
5. Sujud dan bacaannya
6. Duduk dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya
8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
9. Salam Penutup
Kemudian kalau di khendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.
Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki. Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah
Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
DOA DHUHA
Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
Friday, 4 November 2011
IBADAT HAJI DAN UMRAH
# dapatkan gambar-gambar dan peta sekitar Makkah, Arafah, Mina, Muzdalifah dan Madinah di sini # Lagi video ibadah Haji di sini
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik
Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan. Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi
Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad
Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana Allah telah berfirman dalam kitabnya .... Riwayat Turmizi
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.
Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Syarat wajib haji dan umrah:
(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
2. Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.
Maksudnya: Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.
3. Maksud istitaah @ berkemampuan:
(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.
RUKUN HAJI
Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu drpnya, maka tidak sah hajinya dan wajib diganti pada tahun hadapan.
Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: Orang-orang (yang melaksanakan ibadah haji) bertebaran untuk kembali ke tempat masing-masing, lalu Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang pun yang meninggalkan Baitullah sebelum mengakhiri dengan bertawaf di Baitullah. Hadis Riwayat Muslim.
(d)Tawaf Sunat, iaitu ketika jemaah haji menziarahi Masjidil-Haram.
Syarat-syarat sah tawaf ialah:
(a)niat kerana Allah semata-mata bukan kerana tujuan lain
(b)suci drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
(c)sentiasa mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan
(d) menutup aurat
(e)tawaf di dlm masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan dengan yakin
(f) bermula dari sudut Hajar Aswad.
Berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali
Syarat-syarat Saie ;
a)Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Qudum
b)Bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
c)Cukup 7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali drp Marwah ke Safa
d)Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah
e)Hendaklah Saie di Batnu Wadi (tempat yang telah ditetapkan)
(f) Hendaklah saie semata-mata kerana Allah, bukan tujuan yang lain
a) selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijah atau
b) selepas Tawaf dan Saie jika jemaah haji memilih terus ke Mekah
6. Tertib
Rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan sebelum tawaf bagi orang yang melakukan tahalul awal.
Contoh ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Kemudian terus kembali ke Mekah. Sampai di Mekah, dia akan tawaf, saie dan bercukur. Kemudian baru ke Mina utk ibadah melontar.
Contoh tak ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Biasanya rombongan haji Malaysia akan terus ke Mina utk melontar di Jamratul Aqabah 10 zulhijjah dan bermalam di Mina dan melontar jamrah pada 11-13 zulhijjah. Selepas melontar di Jamrah Aqabah pada 10 zulhijjah, maka dia boleh bercukur... selepas selesai amalan melontar/bermalam di Mina, balik ke Mekah, barulah mengerjakan tawaf dan saie.
WAJIB HAJI
Wajib haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika ditinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan membayar denda (dam).
Perkara wajib haji ialah:
1. Niat ihram di Miqat
(i) Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.
Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji.
Miqat terbahagi kepada dua, iaitu:
a) miqat makani; b)miqat zamani.
Miqat zamani bagi ibadat haji ialah pada bulan Syawal hingga 10 Zulhijrah sementara Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun.
Miqat makani bagi ibadat haji ialah:
a)bagi jemaah haji yang datang dari arah timur spt penduduk Najd dan Kuwait ialah Qarnul Manazil. (94km dari Makkah)
b)jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman dan India ialah di Yalamlam; (54km dari Makkah)
c)bagi jemaah haji yang datang dari Madinah ialah Zulhulaifah @ Bi’ru Ali (450km dari Makkah)
d)bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;e)bagi jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan Sepanyol ialah di Juhfah.(187km dari Makkah) f)bagi jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).
Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW menetapkan mikat-mikat berikut: untuk penduduk Madinah adalah Dzul Hulaifah, untuk penduduk Syam adalah Juhfah, untuk penduduk Najed adalah Qarnul Manazil dan untuk penduduk Yaman adalah Yalamlam. Mikat-mikat itu adalah untuk penduduk daerah-daerah tersebut dan selain penduduk tersebut yang datang melewatinya untuk melaksanakan ibadah haji atau umrah. Adapun untuk penduduk daerah sebelum mikat-mikat tersebut, maka mikat mereka adalah dari rumah mereka dan seterusnya sampai penduduk Mekah, mereka niat ihram dari rumah-rumah mereka. Hadis riwayat Muslim.
Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah saw. bersabda: Penduduk Madinah berniat ihram dari (mikat) Dzul Hulaifah, penduduk Syam dari Juhfah, sedangkan penduduk Najed dari Qarnul Manazil. Abdullah bin Umar berkata: Aku diberitahu bahwa Rasulullah saw. bersabda: Penduduk Yaman berniat ihram dari (mikat) Yalamlam. Hadis riwayat Muslim.
Miqat makani bagi umrah ialah di Tanah Halal seperti Hudaibiyah, Tan’im dan Jaknanah.
Antara hikmat-hikmat ditentukan miqat bagi ibadat haji termasuklah:
a)supaya kita memahami bahawa setiap pekerjaan ada permulaan dan ada kesudahannya;
b)supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Bermalam di Muzdalifah
(i) Bermalam di Mudzalifah selepas tengah malam 10 Zulhijah hingga subuh.
(ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika pada waktu yang ditetapkan.
3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
Waktu melontar Jamrah Al-Aqabah bermula dan tengah malam 10 Zulhijah hingga maghrib hari yang sama.
Hendaklah bermalam pada malam-malam 11, 12, dan 13 Zulhijah.
5. Melontar ketiga-tiga jamrah
Waktu melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijah masing-masing dengan tujuh biji batu.
Syarat-syarat melontar
a) hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah
b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah AlUla, Al-Wusta dan kemudian jamrah Al-Aqabah.
c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
d) melontar dengan batu yang suci
e) batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
f) melontar dengan gaya melontar
g) melontar dengan tangan
h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri
6. Meninggalkan perkara-perkara yang haram semasa ihram:
(i) menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
(ii) memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
(iii) memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan.
(iv) memakai minyak pada rambut dan janggut.
(v) mencabut bulu atau rambut dan badan.
(vi) memotong kuku.
(vii) membunuh binatang buruan.
(viii) bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
(ix) jimak (bersetubuh).
(x) melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah.)
Dari Nafiq, dari Ibnu Umar RA bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang pakaian yang boleh dikenakan oleh orang yang sedang berihram? Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kalian mengenakan baju, kain serban, seluar, menutup kepala dan sarung kaki kulit, kecuali bagi orang yang memang tidak memiliki alas kaki, maka ia boleh memakai alas kaki tersebut dengan syarat ia harus memotongnya sampai di bawah mata kaki. Juga jangan memakai pakaian apapun yang dicelup dengan minyak za`faran dan wares. Hadis riwayat Muslim.
Dari Jabir bin Zaid, dari Ibnu Abbas RA Aku mendengar Rasulullah saw. ketika sedang berkhutbah, beliau bersabda: Seluar (boleh dikenakan) bagi orang yang tidak mempunyai lembaran kain dan alas kaki bagi orang yang tidak mempunyai sepasang alas kaki. Maksudnya untuk orang yang sedang berihram.Hadis riwayat Muslim.
Dari Safwan bin Ya'la bin Umaiyah dari ayahnya, beliau berkata salah seorang sahabat datang menemui Nabi saw. ketika beliau berada di Ji`ranah, dengan mengenakan jubah yang sudah ditaburi minyak wangi. Atau bekas dari minyak wangi. Sahabat itu bertanya: Apa yang baginda perintahkan untuk aku lakukan dalam umrahku? Saat itu wahyu sedang turun kepada Nabi saw. dan beliau ditutup dengan pakaian. Ya`la berkata: Aku senang sekali jika aku dapat menyaksikan Nabi saw. sedang menerima wahyu. Umar berkata: Apakah engkau suka menyaksikan Nabi saw. sedang menerima wahyu? Kemudian Umar menyingkap kain yang menutupi beliau, lalu aku memandang beliau sedang mendengkur. Aku memperhatikan seperti suara anak unta. Ketika wahyu telah turun, beliau terbangun dan bertanya: Di mana orang yang bertanya tentang umrah tadi? Selanjutuya beliau bersabda: Bersihkanlah dirimu dari bekas minyak wangi yang engkau pakai, lepaslah jubahmu dan lakukanlah umrah seperti engkau melakukan haji. Hadis riwayat Muslim.
Dari Aisyah RA., ia berkata: Aku pernah memberi minyak wangi ke tubuh Rasulullah saw. saat beliau hendak berihram dan juga ketika hendak bertahallul sebelum beliau tawaf di Baitullah. Hadis riwayat Muslim.
Dari Sha`ab bin Jatsamah Al-Laitsi RA bahwa Ia pernah menghadiahkan seekor keledai liar kepada Rasulullah saw. ketika beliau berada di desa Abwa' atau Waddan. Namun Rasulullah saw. mengembalikan keledai itu kepadanya. Ketika Rasulullah saw. melihat perubahan wajah Sha`ab karena pemberiannya dikembalikan, beliau bersabda: Aku tidak akan menolak pemberianmu ini jika aku tidak sedang dalam keadaan ihram. Hadis riwayat Muslim.
Perkara-perkara sunat haji
1. Mandi sunat ketika hendak memakai ihram.
2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram. 5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur.
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf seeloknya di belakang makam Nabi Ibra a.s.
9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah.
10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari 9 Zulhijah.
Perkara yang membatalkan haji
1. Tertinggal salah satu daripada rukun haji.
2. Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul pertama.
Rukun Umrah
1. Niatihram seperti:
Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
2. Tawaf di Baitullah (Kaabah).
3. Saie iaitu berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah
Wajib Umrah
1. Niat umrah di miqat.
2. Meninggalkan segala larangan semasa ihram.
Tahalul
1. Tahalul ialah keluar dari ihram haji atau umrah.
2. Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Tahalul awal – setelah selesai drp melakukan 2 daripada perkara-perkara berikut ;
(i) Melontar di Zamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
- boleh melakukan semua perkara yang dilarang semasa ihram kecuali
Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : Jika seseorang itu telah melontar Jamrah, maka dihalalkan melakukan semua perkara kecuali yang berkaitan dengan wanita. Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
(b) Tahalul Thani – setelah selesai melakukan perkara-perkara berikut ;
(i) Melontar di Zamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
- segala larangan semasa ihram dimahsukhkan
Nafar
1. Nafar bermaksud meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
2. Nafar terbahagi kepada, dua iaitu:
(a) Nafar Awal
(b) Nafar Thani.
3. Nafar awal ialah meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijah dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
4. Syarat-syarat Nafar Awai ialah;
(a) keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijah;
(b) selesai melontar di ketiga-tiga jumrah pada 12 Zulhiiah;
(c) niat tidak akan kembali lagi ke Mina;
(d) bermalam di Mina selama dua malam.
5. Nafar Thani ialah meninggalkan Mina setelah selesai melontar Jumrah pada 13 Zulhijah,
6. Nafar mempunyai beberapa hikmat seperti ;
(a) menolong jemaah haji yang uzur menyelesaikan ibadat haji dengan cepat;
(b) memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang mempunyai urusan lain
(c) memberi peluang kepada jemaah haji memendekkan waktu ibadat haji kerana sebab-sebab tertentu
CARA MENGERJAKAN HAJI
HAJI IFRAD
Haji Ifrad iaitu mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji dahulu kemudian mengerjakan umrah @ mengerjakan umrah sebelum tiba musim haji. Haji yang paling afdhal.
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan.
1. melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali. Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut.
2. Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan.
3. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram.
4. Apabila tiba hari Tarwiah (8 zulhijjah) dia berangkat ke Arafah utk Wukuf dan seterusnya mengerjakan segala ibadah haji sehingga selesai.
5. Jemaah haji kekal dlm keadaan berihram sejak hari pertama dia sampai di Makkah sehinggalah selesai melakukan ibadah haji yang membolehkannya bertahallul.
HAJI TAMATTU':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan.
1. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.
2. Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali.
3. Kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Maka dia bebas dari ihram. Dalam masa senggang ini, dia bebas utk melakukan ibadah umrah sunat sebanyak yang dia mampu. Dia juga bebas bergerak ke mana-mana saja tanpa pakaian ihram !!!
4. Bila sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah, barulah dia memakai ihram semula dan berniat ihram haji di miqat yang telah ditetapkan (di hotel masing-masing, jika berada di Makkah) dan pergi ke Arafah utk Wukuf.
5. Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana melakukkan haji secara tamattuk.
Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.
HAJI QIRAN
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan. Biasanya jemaah haji yang melakukan haji secara Qarin, akan tiba agak lewat beberapa hari sebelum wukuf, supaya dia memakai ihram terlalu lama...
1. Apabila tiba di Mekah, hendalah melakukan Tawaf Qudum dan Tawaf Ifadhah di Baitullah sebanyak tujuh pusingan. Disunatkan raml (berlari anak) di tiga pusingan pertama.
2. Saie di antara Safa dan Marwah.
Kekal berihram sehingga hari wukuf dan seterusnya sehinggalah dia telah melakukan perkara yang membolehkannya bertahallul.
3. Wukuf di Arafah dan seterusnya melaksanakan segala rukun dan wajib haji yang berikutnya sehingga selesai.
Menurut pendapat Jamhur Ulamak, org yg mengerjakan haji Qiran hanya perlu tawaf sekali dan saie sekali saja. Walau bagaimanapun, hendaklah dia melakukan Tawaf Qudum sebelum melakukan tawaf Ifadhah.
Dari Aisyah ra., ia berkata: Kami pernah bepergian bersama Rasulullah saw. pada tahun haji wada, kemudian kami berihram untuk menunaikan umrah (tamattu). Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang membawa hewan sembelihan, maka sebaiknya ia berihram haji dan umrah (qiran), dan jangan bertahallul dahulu hingga ia bertahallul untuk keduanya secara bersamaan. Ternyata setibanya di Mekah aku datang haid, padahal aku belum tawaf di Baitullah dan belum sai antara Shafa dan Marwah. Kemudian hal itu aku adukan kepada Rasulullah saw. dan beliau bersabda: Lepaskanlah jalinan rambut kepalamu dan sisirlah, kerjakanlah ihram haji dan tinggalkanlah umrah. Lalu saya mengerjakannya. Dan ketika aku selesai haji, Rasulullah saw. menyuruh saya bersama dengan Abdurrahman bin Abu Bakar (saudara laki-laki Aisyah) pergi ke Tan`im (untuk berniat ihram umrah di sana), lalu aku mengerjakan umrah. Beliau bersabda: Ini adalah tempat umrahmu (umrah saja). Kemudian orang-orang yang umrah melakukan tawaf di Baitullah, lalu sai antara Shafa dan Marwah, lalu bertahallul. Kemudian mereka melakukan tawaf (tawaf ifadhah) untuk ibadah haji setelah kembali dari Mina. Adapun mereka yang menggabung ibadah haji dan umrah, mereka hanya melakukan tawaf satu kali saja. Hadis riwayat Muslim.
Dari Ibnu Umar RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang berihram utk haji dan Umrah (Qiran), maka memadailah baginya sekali tawaf dan sekali saie sehingga dia bertahallul drp kedua-dua ibadah tersebut. Riwayat At-Turmizi.
DAM (DENDA)
Dam ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang berikut ;
a) melakukan haji secara Tamattuk atau Qiran, atau
b) meninggalkan salah satu wajib haji, atau
c) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
Jenis-jenis Dam 1. Dam Tertib dan Ta'dil -
Kesalahannya ;
Persetubuhan yang merosakkan haji
Denda
a) hendaklah menyembelih seekor unta
b) jika tidak mampu, menyembelih seekor lembu
c) jika tidak mampu, menyembelih 7 ekor kambing
d) jika tidak mampu, membeli makanan yang sama nilai dengan seekor unta dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
e) jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor unta
Kesalahannya ;
Tidak dapat masuk ke Tanah Haram atas sebab-sebab kesihatan spt berpenyakit atau merebaknya penyakit merbahaya, atau atas sebab keselamatan spt peperangan, diculik, diancam musuh dsb sedangkan sudah berihram.
Denda
Hendaklah dia bertahallul ikhsar (ringkas) dengan ;
a) menyembelih seekor kambing dan kemudian bercukur
b) jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan yang sama nilai dengan seekor kambing dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) jika tidak mampu, hendaklah hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor kambing
2. Dam Tertib dan Taqdir -iaitu dam yang tidak boleh dipilih @ diganti dengan yang lain kecuali tidak terdaya melakukannya.
Kesalahannya ;
a) ihram Tamattuk
b) ihram Qiran
c) tertinggal salah satu wajib haji
d) meninggalkan tawaf wida'
e) melanggar nazar ketika melakukan haji
Denda
a) menyembelih seekor kambing @ 1/7 unta/lembu, jika tidak mampu...
b) berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari di tanah air sendiri.
# bagi wanita yang uzur kerana haid @ nifas tidak diwajibkantawaf widak dan tidak dikenakan dam
3. Dam Takhyir dan Ta'dil - boleh dipilih salah satu drp perkara yang telah ditetapkan.
Kesalahannya ;
a) memburu binatang buruan
b) menebang, memotong @ mencabut pokok di Tanah Haram
Denda
Denda berdasarkan bandingan binatang yang diburu, rusa bandingannya lembu dan kijang bandingannya kambing.
Denda bagi pokok yang ditebang sama spt bandingan di atas.
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a) menyembelih seekor binatang bandingan atau
b) membeli makanan yang sama nilai dengan binatang bandingan dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai binatang bandingan itu tadi.
4. Dam Takhyir dan Taqdir
Kesalahannya ; a) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
b) melakukan persetubuhan selepas Tahalul Awal tetapi belum selesai Tahalul Thani
c) melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji. Denda Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a) menyembelih seekor kambing atau
b) bersedeqah kpd 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak setiap seorang atau
c) berpuasa 3 hari
Dari Kaab bin Ujrah RA., ia berkata: Rasulullah SAW mendatangiku pada waktu perjanjian Hudaibiyah. Ketika aku sedang menyalakan api, Qawariri berkata: Di bawah periukku, sedang Abu Rabi` berkata: Di bawah kualiku dan banyak sekali kutu bertaburan di wajahku. Melihat hal itu, beliau bertanya kepadaku: Bukankah kutu di kepalamu itu menyusahkanmu? Aku jawab: Ya. Beliau bersabda: Cukurlah dan berpuasalah tiga hari atau berilah makan enam orang miskin atau sembelihlah seekor kambing. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad. CARA HAJI WANITA HAID DAN NIFAS
Ulama' telah membahagikannya kepada 3 pendapat (cara) iaitu ; Pertama Wanita yang mengerjakan haji secara Tamattuk, sama ada haid @ nifas sebelum atau semasa ihram, apabila sampai ke Mekah hendaklah menunggu sehingga suci. Jika ia suci pada hari berniat ihram, maka hendaklah melakukan Tawaf Umrah, saie dan bercukur (tahalul). Kemudian melakukan ibadah haji spt biasa. Jika berterusan uzur sehingga berangkat ke Arafah (Wukuf) hendaklah ia berniat ihram Haji dan memasukkan haji ke dlm umrah sekali (jadi Haji Qiran) dan seterusnya melaksanakan dam Qiran. Kedua Wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad @ Qiran hendaklah terus mengerjakan semua kerja-kerja haji melainkan Tawaf. Tawaf hanya dikerjakan apabila ia suci. Ketiga Sekiranya haid @ nifas masih berkekalan hingga habis musim haji dan hendak balik ke negeri masing-masing, hendaklah ia menunggu hingga suci untuk Tawaf atau dia keluar dari Mekah dgn syarat kembali semula setelah suci untuk Tawaf. Dia tidak boleh bersetubuh dengan suaminya selagi belum menyelesaikan Tawaf tadi.
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.