Tuesday, 17 January 2012

Doa


Ya Allah…Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatiku…Titipkanlah kebahagiaan antara kami…Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…Seringkanlah kami melayari hidup ini…Ketepian yang sejahtera dan abadi…Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkanDia bukan milikku…Bawalah dia jauh daripada pandanganku…Luputkanlah dia dari ingatanku…Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…Berikanlah aku kekuatan…Menolak bayangannya jauh ke dada langit…Hilang bersama senja yang merah…Agarku sentiasa tenang…Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkanAdalah yang terbaik untukku…Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia dan akhirat…Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…Jangan Engkau biarkan aku sendirian…Di dunia ini mahupun di akhirat…Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…Ke jalan yang Engkau redhai…Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

cinta doremon



Di suatu malam depan panggung wayang…



Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?



Nobita : A’ ah xbosan. Best!



Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?



Nobita : Errr~ hehe..



Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.



Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.



Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?



Nobita : Errr~ hehe..



Mereka pun menuju ke i-City..



Sizuka : Awk, sy cantik x?



Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..



Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?



Nobita : Errr~ hehe..



Mereka pun tiba di i-City..



Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.



Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.



Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu



Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..



Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..



Nobita : Errr~ huhu..



Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.



Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.



Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu



Nobita : Errr~ huhu..



Mereka pun pulang..



Sizuka : “Awk, awk syg sy x?



Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa



Sizuka : Buktinya??



Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe



Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu



Nobita : Eh..errr~ huhu



Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.



Nobita : Eh..mestila! hehe



Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~



Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??



Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.



Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!



Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~



Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...



Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???



Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..



Nobita : ......



[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]



Ingat allah mendapat pahala,



igt kepada pasangan bukan muhrim, mendatang kemurkaan allah



peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri



n_n....may be bless.

hargai nikmat allah


Menjadi seorang hamba Allah yang bergelar manusia adalah antara nikmat Allah yang paling hebat.Lebih hebat lagi apabila dikurniakan dengan nikmat IMAN dan ISLAM.Allahu Akbar !!!!!
Sebagai seorang muslim,seharusnya kita mendidik jiwa agar menjadi hamba Allah yang soleh dan mengenang budi.Bukan menjadi hamba yang kufur dan ingkar kepadaNya.
Ingat…nikmat itu boleh ditarik dari kita pada bila2 masa sahaja..Rasulullah juga telah mengingatkan kita di dalam sepotong hadis ” ADA 2 JENIS NIKMAT YANG SERING DILUPAKAN OLEH MANUSIA – 1 – nikmat sihat – 2 – nikmat masa lapang…
Ayuh sahabat sekelian..pergunakanlah segala nikmat ini dengan sebaiknya.Digunakan ke arah yang diredhoi Allah..Jangan di salah gunakan kerana semuanya akan dipersoalkan semula pada hari akhirat nanti..
Moga kita sama2 akan menghargai segala nikmat kurniaan Ilahi…Amiinnn

UcApAn SaLAm....

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh” Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM” Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“. Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Wednesday, 4 January 2012

HIKMAH DISEBALIK JANGGUT LELAKI















Para ulama di Nusantara terlalu kurang memperkatakan secara telus dan serious persoalan hukum memelihara janggut dan jambang. Isu hukum berjanggut jarang atau hampir tidak pernah dibincang, sama ada di kuliah, di pengajian atau di tulisan-tulisan mereka. Kini persoalan ini menjadi satu fenomena yang tidak akan lenyap kerana ramai orang awam telah menyedari bahawa memelihara janggut adalah wajib, bukan sunnah. Tetapi ia dianggap remeh oleh sebahagian ulama, para ustaz dan guru agama lantaran mereka tidak berjanggut dan tidak berjambang. Sedangkan mencukur janggut haram hukumnya setelah terbukti banyak nas-nas (dalil dari hadis) yang mewajibkan berjanggut.

Tulisan ini merangkumi pendedahan hukum dan mesej tentang penegahan mencukur janggut berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa-fatwa para ulama muktabar.

Hukum Memelihara Janggut
Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras. Ini menunjukkan kepada haramnya mencukur janggut.
Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad sallalahu ‘alaihi wa-sallam mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah! Menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq (dosa besar).
Sikap tidak memperdulikan larangan Allah Azza wa-Jalla adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut. Termasuklah ustaz-ustaz. Tidak terkecuali yang bergelar ulama. Mereka tidak memperdulikan persoalan berjanggut sehingga disangka oleh orang-orang awam seolah-olah tidak ada kena-mengena dengan hukum syara’.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan (menuntut) setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. Penjelasan tentang penegahan (membawa kepada pengharaman) mencukur janggut atau jambang akan dimuatkan di dalam tulisan ini.

JANGGUT dan pengertiannya...

Janggut, menurut al-Majid al-Fairuz Abadi penulis al-Qamus Muhith ialah: اَÙ„ْÙ„ِّØ­ْÙŠَØ©ُ)) jika dikasrah (dibaris bawah) huruf lam (Ù„)adalah rambut yang tumbuh dikedua belah pipi dan dagu. (Lihat: Al-Kamus Muhith 4/387. Fairuz Abadi. Lihat: Fathul Bari, 10/350. Ibn Hajar. Dan Lihat: Tajul Urus. 10/323) Paras batasan janggut, dari rambut yang tumbuh di bawah bibir bersambung dengan rambut di dagu sehinggalah rambut yang tumbuh di bawah dagu. Luasnya pula dari rambut di kedua-dua pipi atau di wajah. Seluruhnya adalah janggut. (Lihat: Masaillul Lehyah. Hlm. 35)

Juga dinamakan janggut, ialah seluruh rambut di wajah yang tumbuh di seluruh dagu dan di bawah dua tulang dagu, di atas kedua belah pipi dan di kedua pelipis semua itu dinamakan janggut kecuali misai (kumis). Dan misai yang panjangnya melebihi bibir hendaklah dipotong kemas (dirapikan). (Lihat: Jauharus Sunnah FiI’faill Lehyah, hlm. 5. Lihat: Adabuz Zifaf, hlm. 120. al-Albani) Gaya misai melenting bukan ajaran Islam, tetapi ditiru dari Majusi.

HUKUM MENCUKUR JANGGUT & JAMBANG
Masih terlalu sedikit dari kalangan masyarakat Islam menyedari berkenaan tuntutan memelihara janggut dan sebaliknya tegahan (larangan) memotong atau mencukurnya. Kekeliruan tentang hukum mencukur janggut berlaku disebabkan terlalu jarang dari kalangan ulama yang mahu menyentuh atau memperkatakan secara serius isu yang berkaitan dengan hukum wajibnya memelihara janggut atau jambang dan adanya intervensi orang yang tidak berhak bercakap tentang persoalan ini.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar kelalaian fatwa tentang hukum mencukur janggut ini, apakah ini berpunca kerana terlalu ramainya para ulama yang mulut mereka terkunci lantaran mereka sendiri tidak berjanggut dan berjambang? Tidak mahu berjanggut? Malu menyimpan janggut kerana kelihatan tidak kacak (selekeh)? Atau tidak mahu memahami serta mengamalkan hadis-hadis sahih yang banyak memperkatakan dan menjelaskan tentang wajibnya memelihara janggut dan merapikan misai (kumis).

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan atau menghina para ulama yang memotong atau mencukur janggut mereka, tetapi tulisan ini sebagai nasihat dan peringatan agar mereka yang bergelar ulama mahu meneliti, mengkaji semula dan memahami semua hadis-hadis yang memperkatakan hukum janggut atau jambang dan janganlah hukum berkaitan dengan janggut diinterpertasikan dengan cara yang negatif.

Diharap para ulama yang telah mencukur janggut sudi mentaati setiap suruhan yang terdapat di hadis-hadis sahih yang mewajibkan memelihara janggut. Mereka sewajarnya mentaati hukum wajibnya berjanggut dan sentiasa komitmen tanpa banyak soalan atau alasan.

Janganlah khuatir, berjanggut tidak akan menghalang untuk mencapai dan memperolehi kemajuan yang diimpi dan dicita-citakan. Sama ada kemajuan duniawi atau ukhrawi walaupun ada yang menggambarkan berjanggut simbol kekolotan, selekeh, tidak smart dan berbagai lagi sangkaan negatif. Semua sangkaan seperti ini tidak benar kerana berfikiran sebegini dalam hal agama lebih buruk dari sangkaan jahiliyah.

PENGAMBILAN DALIL-DALIL & HUJJAH
Diharapkan tulisan ini dapat menyedarkan ummah yang beriman akan wajibnya memelihara janggut dan jambang.
Mentaati setiap arahan dalam agama adalah ibadah, termasuklah yang dianggap sunnah. Sekiranya ada yang meyakini berjanggut itu sunnah (sebenarnya wajib), apakah terlalu berat untuk mereka melaksanakan sunnah tersebut? Malangnya terdapat ramai orang-orang Islam yang meremehkan amalan yang mereka anggap sunnah ini, malah memperlekeh dan mengejek orang yang berjanggut sedang mereka telah menunaikan perintah Allah dan Rasul-Nya agar memelihara janggut. Ingatlah sabda Rasulullah:

“Sesiapa yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia bukanlah golonganku”. (Lihat: Jami’ul Ushul (1/294). Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)

Tulisan ini berdasarkan catatan peribadi dan tambah dari orang lain...
p/s:::buat dakwah,Allah bagi kekuatan untuk simpan janggut...

Tuesday, 3 January 2012

SOLAT BERJEMAAH


Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.
Wallahu a’lam.

Fakta-fakta Unik Tentang Kucing -

 Banyak sekali fakta-fakta unik yang ada pada kucing. Binatang lucu dan imut ini punya beberapa mitos ataupun fakta unik yang tidak kita ketahui selama ini. Memang kucing tidak akan menampakkan keunikannya, tetapi bagi kalian yang sangat menyayangi dan suka dengan kucing, maka anda harus tahu beberapa Fakta-fakta Unik Tentang Kucing. Hanya sekedar wawasan saja.


1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, yaitu 5 kali lebih banyak dari manusia

2. Kucing memiliki 230 tulang, yaitu 24 kali lebih banyak dari manusia

3. Kucing tidak memiliki collarbone, sehingga memungkinkan masuk melewati celah selebar kepalanya

4. kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan

5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia 20 khz

6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lainnya (dalam hubungannya dengan besarnya tubuh)

7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan total, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan perefleksi cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang masuk retina

8. Cakupan pandangan kucing 185 derajat

9. Kucing memiliki indera penciuman 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta

10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika anda ingin melakukan pengecekan denyut nadi lakukan di paha belakang di bagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)

11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit

12. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C

13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 mile per jam

14. Kucing memiliki system syaraf yang sangat sensitive

15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya

16. Setiap kucing memiliki nose pad yang sangat khas, sehingga tidak akan penah ada dua kucing yang memiliki sidik hidung yang sama

17. Kucing merespon panggilan wanita lebih baik dari pada pria, mungkin karena suata wanita memiliki puncak yang lebih tinggi

18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing

19. Telah dibuktikan secara ilmiah bahwa mengelus-elus kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita

20. Rataan umur kucing 15-16 tahun

21. Untuk menentukan kesetaraan umur kucing dengan umur orang, mulailah dengan 20 tahun sebagai umur tahun pertama kucing, kemudian tambahkan 4 tahun umur manusia untuk setiap umur tahun kucing. Sebagai contoh : Jika kucing anda berumur 4 tahun berarti umurnya setara dengan 20 tahun (untuk umur 1 tahun) ditambah 3 x 4 tahun, yaitu setara dengan umur 32 tahun pada orang

KUCING BINATANG YANG UNIK

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.


Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?


Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.


Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 


Kajian Yang Dijalankan


Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:


1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.


2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.


3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.


4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.


5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.


Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.


Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing


Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.


Hadis-Hadis Mengenai Kucing


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.


Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.


Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”


Kabsyah menjawab, “Ya”.


Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 


Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.


Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.


Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 


Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.


Wallahualam...